CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS

About Me

My Photo
aku mungkin anak, abang, adik seseorang... aku mungkin kekasih, musuh atau teman seseorang... aku adalah aku dan aku mungkin cebisan dalam hidup kamu... ini jajahan aku... ini ruangan aku... jari-jari menari bila suara-suara bertitah... moga jadi rujukan kamus dalam hidup aku dan kamu...

Saturday, November 12, 2011

tokey, kat sini ada jual kehidupan tak?


berapa sebenarnya nilai kehidupan kita?
bagaimana kita hendak beli kehidupan?
siapa yang berhak menjualnya?
mengapa kita perlu beli kehidupan?
bila yang kita rasa bahawa kita sebenarnya tiada kehidupan?
di mana kita boleh dapatkan kehidupan?

adakah nilai wang tebusan itu nilai sebenar kehidupan kita?
adakah nilai hantaran itu adalah nilai sebenar kehidupan kita?
ataupun nilai bayaran wang perubatan itu nilai sebenar kehidupan kita?

adakah dijual kehidupan itu di pasar-pasar borong di pekan?
adakah dijual kehidupan itu di laman-laman web sosial masa kini?
ataupun kita boleh tukar kehidupan kita sesama sendiri?

adakah keluarga kita berhak menjualkan kehidupan kepada kita?
adakah majikan dan ketuanan akan menjaminkan kehidupan kita?
atau pun tikar sejadah yang menjadi petunjuk arah kehidupan kita?

adakah kita mempunyai kehidupan?
adakah kita perlu mencari kehidupan?
ataupun kehidupan akan datang sendiri kepada kita?

adakah kehidupan itu selari dengan hembusan nafas kita?
adakah kehidupan itu muncul di kala kita mencelik mata?
ataupun adakah kehidupan itu kita perlu tuntut dari mereka?

dalam kehidupan kita perlu bijak dalam berjual beli
dalam kehidupan kita perlu pandai dalam menilai mata wang kehidupan
sudah menjadi lumrah kehidupan bahawa setiap apa yang kita perolehi
akan ada sesuatu yang akan pergi dari kita
itu jual beli dalam kehidupan
kita tidak boleh dapat kesemuanya

jangan kita terlalu teruja dengan kejayaan jual beli kehidupan
kerana jauh di sudut sana
akan ada yang hilang dalam genggaman kita
terpulang kepada kita untuk mengetahuinya

0 bebelan: