
untuk kita berjaya, kita perlu gagal
untuk kita berada di atas, kita perlu mula di bawah
untuk kita ke hadapan, kita perlu berada pada titik yang dulunya dibelakang
untuk kita kini, kita perlu dulu
untuk kita sana, kita perlu sini
untuk semua akhir cerita mesti ada hujung pangkalnya
aku berada ditengah-tengah cerita
tidak tahu berapa jauh aku sudah tinggalkan hulu
tidak tahu berapa lama aku akan sampai ke hilir
adakah ini yang dikatakan ujian yang perlu aku sampai ke hilir,
untuk sampai ke hilir dengan jati diri dan harga diri yang tinggi
adakah selepas ini ada banyak lagi aku kena tempuhi,
sebelum aku pejamkan mata, hentikan kaki ini
sungguh,
aku dah penat berjalan apatah lagi hendak berlari
aku perlukan hiburan bukannya sepi
aku perlukan lengan bukannya rajuk diri
aku perlukan ruang untuk aku titiskan air mata sepi
sebenarnya
ada disisi aku sudah cukup hargai
runtuh ego diri senyuman ditatapi
itu sudah memadai
maaf jika diri ini sukar untuk difahami
kerana aku punya ego dan takbur diri
terkadang lupa diri
cuba untuk berubah, cuba untuk perbaiki
mungkin sudah tercatat bahawa inilah diriku yang sejati
sudah 730 hari dan terus meniti
dan aku terus setia menanti
hingga ke akhir nanti
baru ini usia kita tapi dan bermacam nostalgia titip resipi
segala rencah kita sudah rasai
harap akan terus menemaniku berlari
disisi....
tak ingin lagi sendiri